Saturday, February 19, 2011

Garis panduan!!!

   Kepada mahasiswa yang tak terperasan announcement ni, TOB lampirkan kat PMB ni untuk tatapan blog readers sekalian.

Pemilihan MPP 2011/2012: Garis Panduan Berkempen Bagi Calon-Calon Pemilihan MPP
Category: Student Activity

GARIS PANDUAN KEMPEN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Tarikh kempen dibuka :
  1. Kempen dibenarkan bermula tarikh 17 Februari 2011 (Khamis) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon dan calon disahkan bertanding hingga 21 Februari 2011 (Isnin) jam 11.59 malam.
  2. Sebagai mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Kolej Kediaman Pelajar) 2005, Perkara 25 (Penggunaan ruang selepas jam 12.00 malam) dan Perkara 33, Bahagian 3 Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar) 2003 (Tidak boleh berada di luar asrama selepas jam 12.00 malam) hendaklah dipakai.
Tempat-tempat yang dibenarkan berkempen :
  1. Seluruh kawasan di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang (kampus Gambang/Pekan) kecuali :
  2. Semua pejabat pentadbiran universiti
  3. Perpustakaan UMP
  4. Masjid dan Surau UMP (termasuk halamannya)
  5. Rumah Staf
  6. Luar kawasan kampus UMP
  7. Kompleks Sukan (Tempat Mengundi)
  8. Dewan Astaka (Tempat Taklimat)
  9. Bilik Aktiviti FKEE (Tempat Mengundi kampus Pekan)
  10. Dewan Kuliah (telah dimaklumkan di sesi taklimat calon)

  1. Pihak Jawatankuasa Pelaksana akan menyediakan tempat dan kemudahan para calon untuk berkempen di beberapa lokasi bagi mendapatkan sambutan pendengar mulai 17 Februari 2011. Kemudahan yang disediakan ialah pembesar suara, pentas pengucapan awam, laptop dan projector LCD. Selain daripada itu adalah inisiatif calon sendiri.
Penggunaan pembesar suara dan sepanduk :
  1. Calon boleh menggunakan pembesar suara untuk berkempen pada waktu dan tempat yang sesuai seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Semua penggunaan pembesar suara hendaklah dihentikan mulai jam 11.59 malam setiap hari kempen hingga jam 8.00 pagi.
  3. Calon-calon hendaklah menghormati waktu solat dan azan dengan menghentikan penggunaan pembesar suara ketika waktu yang dinyatakan.
  4. Calon-calon tidak dibenarkan menyimpan sendiri pembesar suara di bilik kediaman.
  5. Calon boleh menggunakan sepanduk sepanjang aktivitii kempen dengan tidak membuat apa-apa simbol/logo.
  6. Semua motto ataupun tajuk manifesto calon hendaklah terang dan jelas tanpa mewujudkan persamaan dengan sensitiviti agama, politik partisan dan perkauman, lebih-lebih lagi kelucahan melalui mana-mana kaedah samada secara online, percetakan, pengucapan, perbuatan dan peranti telekomunikasi (sms atau mms)
Gaya Pakaian :
  1. Calon-calon hendaklah mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Tatacara Berpakaian, Rupa Diri dan Pergaulan Pelajar-pelajar) 2005.
  2. Penampilan calon lelaki hendaklah kemas, memasukkan baju kemeja ke dalam seluar, berseluar panjang (slack) dan berkasut.
  3. Calon wanita dilarang berpakaian jarang, ketat, berbaju tanpa lengan, berbaju potongan dada terbuka, berskirt/berseluar pendek atau singkat dengan menampakkan bahagian punggung atau pusat.
  4. Calon lelaki dilarang bertindik, manakala calon wanita dilarang bertindik pada tempat selain bawah cuping telinga.
  5. Calon-calon digalakkan bertudung dan bersongkok hitam. Pemakaian kopiah putih atau serban atau purdah (niqab) tidak dibenarkan.
Pengucapan Awam :
  1. Calon-calon dinasihatkan membuat kajian awal dan perbincangan serba-sedikit terlebih dahulu dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terhadap isu-isu yang akan diutarakan bagi mengelakkan penyebaran informasi salah atau menyentuh Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.
  2. Ucapan calon hendaklahf bersifat mewakili diri sendiri tanpa memasukkan unsur sensitiviti agama, politik partisan, perkauman mahupun kelucahan.
  3. Penggunaan bahasa rasmi negara adalah WAJIB. Calon boleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan keizinan Pengacara Majlis.
Umum :
  1. Calon-calon boleh melantik dua orang penyokong/jurucakap sebagai memperkenalkan diri calon.
  2. Calon-calon dan penyokong-penyokong atau jentera-jenteranya hendaklah memastikan semua sepanduk, poster dan handbill ditanggalkan dan dibersihkan kawasan tersebut serta membuangnya ke dalam tong sampah sebelum jam 5.00 petang pada 23 Februari 2011.
  3. Calon tidak dibenarkan berkempen menggunakan cara seperti pemberian hadiah, makanan atau lain-lain pemberian yang berkaitan dengannya.
Perlanggaran peraturan kempen :
Perlanggaran peraturan kempen ini boleh menyebabkan calon tidak dibenarkan berkempen oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP UMP.

http://
Posted by AHMAD REDUAN BIN MOHD YUSOF, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
18 FEB 2011

credit to En.Reduan JPRK UMP 2011

2 comments:

  1. Assalamualaikum,rasa terpanggil untuk menconteng sesuatu di dinding pasar-malam-banjir ini,sebelum saya teruskan menconteng dinding ini,suka untuk saya tegaskan bahawa ini hanyalah sekadar PENDAPAT saya yang daif dan hina ini,harap maklum.Pada awalnya saya menafikan kenyataan yang menyatakan PRK pada kali ini kurang memberangsangkan,tambahan lagi dengan jumlah calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding iaitu seramai 53 orang.Namun setelah masuk hari kedua berkempen,suasana sebenar jelas dapat dirasai,Pembukaan PRK untuk tahun-tahun sebelum ini adalah lebih memberangsangkan berbanding PRK pada tahun kali ini,apa buktinya?lihat saja pada malam penamaan calon yang dijalankan di kafeteria kk1,hanya SEGELINTIR CALON YANG HADIR(calon Pekan tidak dikira)dan hanya sebahagian saja calon yang memperkenalkan diri pada malam tersebut benar-benar bersedia untuk membuktikan yang mereka sudah bersedia untuk mengalas amanah.Kenapa ini berlaku?bukankah pada malam pertamalah yang sepatutnya harus diberi impak yang lebih?Untuk menarik perhatian umum,permulaan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian.bak kata pepatah permulaan yang baik adat kata akan memberi pengakhiran yang sempurna.Tahniah kepada beberapa calon yang jelas membuktikan mereka bersemangat dalam berjuang!diantaranya MUHAMAD FAZLI BIN ABD HALIM!Tahniah saudara,walaupun malam tersebut merupakan malam pengenalan diri,namun anda telah berjaya menyakinkan ramai mahasiswa untuk bersama-sama menyokong anda.

    Semangat Mahasiswa tahun 1..

    Saya secara peribadi cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Mahasiswa tahun 1.Berani untuk sama-sama berjuang mempertahankan hak Mahasiswa.Tahniah!namun untuk berjuang,anda memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengalaman untuk dijadikan bekal dalam menghadapi mehnah berjuang!secara umumnya pada pendapat saya MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR adalah medan dimana segala pengalaman dan ilmu digunakan untuk berbakti kepada Mahasiswa dan Universiti.Manakala KELAB dan PERSATUAN pula adalah tempat untuk mencari pengalaman dalam bidang kepimpinan dan pengurusan,Namun tidaklah dengan saya berkata demikian,saya memperlekehkan semangat Mahasiswa tahun 1 yang bertanding,cuma sekiranya anda menang,anda mungkin perlu berusaha keras untuk mendapatkan skill-skill kepimpinan itu secara sendiri.Wallahu'alam.

    SEKADAR PANDANGAN HAMBA YANG DAIF.
    2.29AM
    19/2/2011

    ReplyDelete
  2. sy mnyokong pndapat saudara syafiq harun...
    tidak rmai calon yg kelihatan benar2 berjiwa pemimpin n benar2 mahu membela mahasiswa...
    pendapat sy, calon yg sy lihat pling mnyerlah adalah SAZWAN SAHAR. beliau sgt mnonjol n setiap ucapan beliau memihak kepada mahasiswa... smoga dia akan mmenangi PRK ini n mnjadi ydp mpp yg baru... mahasiswa pelukan MMP sperti dia...

    ReplyDelete

Garis panduan!!!

Saturday, February 19, 2011 - - 2 Comments

   Kepada mahasiswa yang tak terperasan announcement ni, TOB lampirkan kat PMB ni untuk tatapan blog readers sekalian.

Pemilihan MPP 2011/2012: Garis Panduan Berkempen Bagi Calon-Calon Pemilihan MPP
Category: Student Activity

GARIS PANDUAN KEMPEN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Tarikh kempen dibuka :
  1. Kempen dibenarkan bermula tarikh 17 Februari 2011 (Khamis) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon dan calon disahkan bertanding hingga 21 Februari 2011 (Isnin) jam 11.59 malam.
  2. Sebagai mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Kolej Kediaman Pelajar) 2005, Perkara 25 (Penggunaan ruang selepas jam 12.00 malam) dan Perkara 33, Bahagian 3 Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar) 2003 (Tidak boleh berada di luar asrama selepas jam 12.00 malam) hendaklah dipakai.
Tempat-tempat yang dibenarkan berkempen :
  1. Seluruh kawasan di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang (kampus Gambang/Pekan) kecuali :
  2. Semua pejabat pentadbiran universiti
  3. Perpustakaan UMP
  4. Masjid dan Surau UMP (termasuk halamannya)
  5. Rumah Staf
  6. Luar kawasan kampus UMP
  7. Kompleks Sukan (Tempat Mengundi)
  8. Dewan Astaka (Tempat Taklimat)
  9. Bilik Aktiviti FKEE (Tempat Mengundi kampus Pekan)
  10. Dewan Kuliah (telah dimaklumkan di sesi taklimat calon)

  1. Pihak Jawatankuasa Pelaksana akan menyediakan tempat dan kemudahan para calon untuk berkempen di beberapa lokasi bagi mendapatkan sambutan pendengar mulai 17 Februari 2011. Kemudahan yang disediakan ialah pembesar suara, pentas pengucapan awam, laptop dan projector LCD. Selain daripada itu adalah inisiatif calon sendiri.
Penggunaan pembesar suara dan sepanduk :
  1. Calon boleh menggunakan pembesar suara untuk berkempen pada waktu dan tempat yang sesuai seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Semua penggunaan pembesar suara hendaklah dihentikan mulai jam 11.59 malam setiap hari kempen hingga jam 8.00 pagi.
  3. Calon-calon hendaklah menghormati waktu solat dan azan dengan menghentikan penggunaan pembesar suara ketika waktu yang dinyatakan.
  4. Calon-calon tidak dibenarkan menyimpan sendiri pembesar suara di bilik kediaman.
  5. Calon boleh menggunakan sepanduk sepanjang aktivitii kempen dengan tidak membuat apa-apa simbol/logo.
  6. Semua motto ataupun tajuk manifesto calon hendaklah terang dan jelas tanpa mewujudkan persamaan dengan sensitiviti agama, politik partisan dan perkauman, lebih-lebih lagi kelucahan melalui mana-mana kaedah samada secara online, percetakan, pengucapan, perbuatan dan peranti telekomunikasi (sms atau mms)
Gaya Pakaian :
  1. Calon-calon hendaklah mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Tatacara Berpakaian, Rupa Diri dan Pergaulan Pelajar-pelajar) 2005.
  2. Penampilan calon lelaki hendaklah kemas, memasukkan baju kemeja ke dalam seluar, berseluar panjang (slack) dan berkasut.
  3. Calon wanita dilarang berpakaian jarang, ketat, berbaju tanpa lengan, berbaju potongan dada terbuka, berskirt/berseluar pendek atau singkat dengan menampakkan bahagian punggung atau pusat.
  4. Calon lelaki dilarang bertindik, manakala calon wanita dilarang bertindik pada tempat selain bawah cuping telinga.
  5. Calon-calon digalakkan bertudung dan bersongkok hitam. Pemakaian kopiah putih atau serban atau purdah (niqab) tidak dibenarkan.
Pengucapan Awam :
  1. Calon-calon dinasihatkan membuat kajian awal dan perbincangan serba-sedikit terlebih dahulu dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terhadap isu-isu yang akan diutarakan bagi mengelakkan penyebaran informasi salah atau menyentuh Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.
  2. Ucapan calon hendaklahf bersifat mewakili diri sendiri tanpa memasukkan unsur sensitiviti agama, politik partisan, perkauman mahupun kelucahan.
  3. Penggunaan bahasa rasmi negara adalah WAJIB. Calon boleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan keizinan Pengacara Majlis.
Umum :
  1. Calon-calon boleh melantik dua orang penyokong/jurucakap sebagai memperkenalkan diri calon.
  2. Calon-calon dan penyokong-penyokong atau jentera-jenteranya hendaklah memastikan semua sepanduk, poster dan handbill ditanggalkan dan dibersihkan kawasan tersebut serta membuangnya ke dalam tong sampah sebelum jam 5.00 petang pada 23 Februari 2011.
  3. Calon tidak dibenarkan berkempen menggunakan cara seperti pemberian hadiah, makanan atau lain-lain pemberian yang berkaitan dengannya.
Perlanggaran peraturan kempen :
Perlanggaran peraturan kempen ini boleh menyebabkan calon tidak dibenarkan berkempen oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP UMP.

http://
Posted by AHMAD REDUAN BIN MOHD YUSOF, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
18 FEB 2011

credit to En.Reduan JPRK UMP 2011

This entry was posted on 1:48 AM You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

syafiq harun said...

Assalamualaikum,rasa terpanggil untuk menconteng sesuatu di dinding pasar-malam-banjir ini,sebelum saya teruskan menconteng dinding ini,suka untuk saya tegaskan bahawa ini hanyalah sekadar PENDAPAT saya yang daif dan hina ini,harap maklum.Pada awalnya saya menafikan kenyataan yang menyatakan PRK pada kali ini kurang memberangsangkan,tambahan lagi dengan jumlah calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding iaitu seramai 53 orang.Namun setelah masuk hari kedua berkempen,suasana sebenar jelas dapat dirasai,Pembukaan PRK untuk tahun-tahun sebelum ini adalah lebih memberangsangkan berbanding PRK pada tahun kali ini,apa buktinya?lihat saja pada malam penamaan calon yang dijalankan di kafeteria kk1,hanya SEGELINTIR CALON YANG HADIR(calon Pekan tidak dikira)dan hanya sebahagian saja calon yang memperkenalkan diri pada malam tersebut benar-benar bersedia untuk membuktikan yang mereka sudah bersedia untuk mengalas amanah.Kenapa ini berlaku?bukankah pada malam pertamalah yang sepatutnya harus diberi impak yang lebih?Untuk menarik perhatian umum,permulaan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian.bak kata pepatah permulaan yang baik adat kata akan memberi pengakhiran yang sempurna.Tahniah kepada beberapa calon yang jelas membuktikan mereka bersemangat dalam berjuang!diantaranya MUHAMAD FAZLI BIN ABD HALIM!Tahniah saudara,walaupun malam tersebut merupakan malam pengenalan diri,namun anda telah berjaya menyakinkan ramai mahasiswa untuk bersama-sama menyokong anda.

Semangat Mahasiswa tahun 1..

Saya secara peribadi cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Mahasiswa tahun 1.Berani untuk sama-sama berjuang mempertahankan hak Mahasiswa.Tahniah!namun untuk berjuang,anda memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengalaman untuk dijadikan bekal dalam menghadapi mehnah berjuang!secara umumnya pada pendapat saya MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR adalah medan dimana segala pengalaman dan ilmu digunakan untuk berbakti kepada Mahasiswa dan Universiti.Manakala KELAB dan PERSATUAN pula adalah tempat untuk mencari pengalaman dalam bidang kepimpinan dan pengurusan,Namun tidaklah dengan saya berkata demikian,saya memperlekehkan semangat Mahasiswa tahun 1 yang bertanding,cuma sekiranya anda menang,anda mungkin perlu berusaha keras untuk mendapatkan skill-skill kepimpinan itu secara sendiri.Wallahu'alam.

SEKADAR PANDANGAN HAMBA YANG DAIF.
2.29AM
19/2/2011

Anonymous said...

sy mnyokong pndapat saudara syafiq harun...